Tuesday, November 15, 2016
Monday, October 24, 2016
Saturday, October 22, 2016
Thursday, October 20, 2016
Saturday, October 15, 2016
Friday, October 14, 2016
Wednesday, October 12, 2016
OLEH: TASNEEM BINTI MAHAYUDIN (A152348)
⦁ 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
i. Rakyat Malaysia perlu sentiasa bersatu padu dalam mengekalkan pemerintahan yang bercorak demokrasi dan raja berperlembagaan.
ii. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum harus saling menghormati perbezaan budaya antara satu sama lain dan menikmati kepelbagaian budaya tersebut dengan mensyukuri nikmat tersebut.
iii. Pemerintah serta rakyat Malaysia perlu memberi perhatian terhadap penjagaan alam sekitar dan kekayaan sumber bumi supaya tidak terancam dan musnah.
iv. Penduduk Malaysia harus sentiasa berusaha meningkatkan kualiti kehidupan dengan mempraktikkan nilai-nilai ketamadunan seperti memiliki ilmu pengetahuan yang luas dan bijak berfikir.
v. Pentadbiran Malaysia perlu memastikan keseimbangan pembangunan dan jurang perbezaan ekonomi yang tidak ketara antara kawasan-kawasan di Malaysia serta antara sektor-sektor ekonomi.
vi. Kadar pengangguran di Malaysia perlu mencapai tahap terendah supaya seluruh rakyat dapat menikmati kehidupan yang selesa dan pendapatan negara akan semakin meningkat.
vii. Penduduk Malaysia harus menjadikan Rukun Negara sebagai asas ketamadunan Malaysia.
viii. Pemerintah negara perlu memerintah dengan adil dan saksama serta berusaha untuk mengelakkan perbalahan dan perperangan demi menjaga keamanan negara.
ix. Rakyat Malaysia yang berbilang agama perlu berpegang teguh dengan kepercayaan masing-masing serta mempraktikkan nilai-nilai agama supaya negara sentiasa harmoni dan bertamadun.
x. Rakyat Malaysia harus memiliki kebolehan dan mahir dalam pelbagai bidang serta berfikiran terbuka dengan segala pembaharuan yang dilaksanakan yang membawa kebaikan.
⦁ Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia?Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Kita harus bersyukur kerana di Malaysia, pelbagai jenis kaum yang berbeza agama dapat hidup bersama dengan aman dan damai. Pada pandangan rakan saya yang berbangsa cina, beliau tidak mudah terpengaruh dengan tomahan-tomahan media barat yang sering menunjukkan Islam sebagai agama yang ganas. Hal ini kerana, beliau sendiri berpengalaman serta membesar dalam kalangan masyarakat berbangsa melayu dan beragama islam dan beliau tidak pernah melihat perlakuan ganas atau merasakan sebarang ancaman daripada masyarakat sekeliling, malah lebih selesa bercampur dan bergaul antara rakan-rakan berbilang bangsa.
Seterusnya, berdasarkan perkongsian pendapat bersama rakan saya yang berbangsa india, beliau agak keliru dengan berita-berita yang menceritakan keganasan penganut agama islam, hal ini kerana, beliau percaya bahawa setiap agama sentiasa menyeru kepada arah kebaikan dan hal ini juga dibuktikkan melalui contoh keadaan sekeliling. Isu-isu keganasan yang diputar belit oleh pihak media tidak boleh dipercayai dengan sepenuhnya, nasihat beliau ketika membincangkan mengenai perkara ini.
Pada pandangan saya sendiri yang berbangsa melayu, isu yang cuba ditonjolkan oleh media barat yang mengkaitkan agama islam dan keganasan adalah tidak relevan. Perkataan jihad yang pada asalnya bermaksud menumpukan usaha dan tenaga untuk menentang golongan kafir dan menghadapi mereka dengan jiwa, harta dan lidah, serta konsep jihad amatlah meluas dan perlu memenuhi beberapa aspek. Media-media barat hanya memanipulasikan konsep jihad dan mengkaitkannya dengan keganasan. Agama Islam adalah agama yang suci dan sentiasa menuntut penganutnya mengekalkan kesejahteraan dan berakhlak mulia.
⦁ Puisi
wahai manusia bertamadun,
hendaklah dikau beradab santun,
agar mencapai ciri tamadun,
yang telah diungkapkan Ibn Khaldun,
kehidupan kota asasnya,
bukti hubungan antara manusia,
mulanya kehidupan beragama,
dilengkapi juga seni dan budaya,
tercapai jua hidup bertamadun,
hayatilah pengalaman jatuh bangun,
jadilah kita insan yang unggul.
⦁ Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda
Penduduk sesebuah negara perlu bersatu padu dalam beberapa keadaan yang menuntut perpaduan bagi mengelakkan keruntuhan sesebuah negara. Antaranya ialah ketika negara menghadapi ancaman daripada pihak luar, penyatuan dan kerjasama daripada rakyat amat diperlukan bagi mempertahankan negara. Seterusnya, sesebuah negara amat memerlukan perpaduan dan sumbangan tenaga daripada rakyatnya apabila ditimpa kejaidan bencana alam.
TUGASAN VIDEO INDIVIDU
https://www.rawshorts.com/animations/v9SgScy-DoahihGCR0Gbtg_titas
⦁ 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
i. Rakyat Malaysia perlu sentiasa bersatu padu dalam mengekalkan pemerintahan yang bercorak demokrasi dan raja berperlembagaan.
ii. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum harus saling menghormati perbezaan budaya antara satu sama lain dan menikmati kepelbagaian budaya tersebut dengan mensyukuri nikmat tersebut.
iii. Pemerintah serta rakyat Malaysia perlu memberi perhatian terhadap penjagaan alam sekitar dan kekayaan sumber bumi supaya tidak terancam dan musnah.
iv. Penduduk Malaysia harus sentiasa berusaha meningkatkan kualiti kehidupan dengan mempraktikkan nilai-nilai ketamadunan seperti memiliki ilmu pengetahuan yang luas dan bijak berfikir.
v. Pentadbiran Malaysia perlu memastikan keseimbangan pembangunan dan jurang perbezaan ekonomi yang tidak ketara antara kawasan-kawasan di Malaysia serta antara sektor-sektor ekonomi.
vi. Kadar pengangguran di Malaysia perlu mencapai tahap terendah supaya seluruh rakyat dapat menikmati kehidupan yang selesa dan pendapatan negara akan semakin meningkat.
vii. Penduduk Malaysia harus menjadikan Rukun Negara sebagai asas ketamadunan Malaysia.
viii. Pemerintah negara perlu memerintah dengan adil dan saksama serta berusaha untuk mengelakkan perbalahan dan perperangan demi menjaga keamanan negara.
ix. Rakyat Malaysia yang berbilang agama perlu berpegang teguh dengan kepercayaan masing-masing serta mempraktikkan nilai-nilai agama supaya negara sentiasa harmoni dan bertamadun.
x. Rakyat Malaysia harus memiliki kebolehan dan mahir dalam pelbagai bidang serta berfikiran terbuka dengan segala pembaharuan yang dilaksanakan yang membawa kebaikan.
⦁ Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia?Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Kita harus bersyukur kerana di Malaysia, pelbagai jenis kaum yang berbeza agama dapat hidup bersama dengan aman dan damai. Pada pandangan rakan saya yang berbangsa cina, beliau tidak mudah terpengaruh dengan tomahan-tomahan media barat yang sering menunjukkan Islam sebagai agama yang ganas. Hal ini kerana, beliau sendiri berpengalaman serta membesar dalam kalangan masyarakat berbangsa melayu dan beragama islam dan beliau tidak pernah melihat perlakuan ganas atau merasakan sebarang ancaman daripada masyarakat sekeliling, malah lebih selesa bercampur dan bergaul antara rakan-rakan berbilang bangsa.
Seterusnya, berdasarkan perkongsian pendapat bersama rakan saya yang berbangsa india, beliau agak keliru dengan berita-berita yang menceritakan keganasan penganut agama islam, hal ini kerana, beliau percaya bahawa setiap agama sentiasa menyeru kepada arah kebaikan dan hal ini juga dibuktikkan melalui contoh keadaan sekeliling. Isu-isu keganasan yang diputar belit oleh pihak media tidak boleh dipercayai dengan sepenuhnya, nasihat beliau ketika membincangkan mengenai perkara ini.
Pada pandangan saya sendiri yang berbangsa melayu, isu yang cuba ditonjolkan oleh media barat yang mengkaitkan agama islam dan keganasan adalah tidak relevan. Perkataan jihad yang pada asalnya bermaksud menumpukan usaha dan tenaga untuk menentang golongan kafir dan menghadapi mereka dengan jiwa, harta dan lidah, serta konsep jihad amatlah meluas dan perlu memenuhi beberapa aspek. Media-media barat hanya memanipulasikan konsep jihad dan mengkaitkannya dengan keganasan. Agama Islam adalah agama yang suci dan sentiasa menuntut penganutnya mengekalkan kesejahteraan dan berakhlak mulia.
⦁ Puisi
wahai manusia bertamadun,
hendaklah dikau beradab santun,
agar mencapai ciri tamadun,
yang telah diungkapkan Ibn Khaldun,
kehidupan kota asasnya,
bukti hubungan antara manusia,
mulanya kehidupan beragama,
dilengkapi juga seni dan budaya,
tercapai jua hidup bertamadun,
hayatilah pengalaman jatuh bangun,
jadilah kita insan yang unggul.
⦁ Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda
Penduduk sesebuah negara perlu bersatu padu dalam beberapa keadaan yang menuntut perpaduan bagi mengelakkan keruntuhan sesebuah negara. Antaranya ialah ketika negara menghadapi ancaman daripada pihak luar, penyatuan dan kerjasama daripada rakyat amat diperlukan bagi mempertahankan negara. Seterusnya, sesebuah negara amat memerlukan perpaduan dan sumbangan tenaga daripada rakyatnya apabila ditimpa kejaidan bencana alam.
TUGASAN VIDEO INDIVIDU
https://www.rawshorts.com/animations/v9SgScy-DoahihGCR0Gbtg_titas
Tuesday, October 11, 2016
MOHD SIRAJ MUNIR IKMAL BIN ROSLE (A153012)
1.Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM. Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?
1.Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM. Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?
Pandangan orang cina terhadap konsep jihad dalam
Islam.
.
Jihad merupakan satu prinsip yang dipegang oleh
orang Islam dimana ianya adalah baik untuk semua lapisan kaum. Pengaruh Barat
yang cuba untuk memburukkan prinsip ini dengan mencipta pandangan yang tidak
baik terhadap orang Islam.
Pandangan orang India terhadap konsep jihad dalam
Islam
Keamanan merupakan impian setiap masyarakat tidak
kira kaum sebagaimana yang ditunjukkan dalam konsep Jihad.Walaubagaimanapun
tomahan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap orang Islam sebagai pengganas
adalah tidak wajar,malahan itu adalah agenda Barat untuk mengalih perhatian
terhadap mereka sendiri.
Pandangan orang Melayu terhadap konsep Jihad dalam Islam
Sebagai orang Melayu yang menganuti agama Islam
adalah menjadi suatu teras kepada umat Islam untuk melaksanakan Jihad dan kita
seharusnya menunjukkan serta menerangkan bahawa makna sebenar konsep Jihad itu
sendiri kepada kaum dan penganut agama yang lain.Hal ini penting untuk
menentang fahaman Barat yang cuba mengekploitasi tujuan sebenar Jihad ini.
2.Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan
bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain
faktor.
1. Mematuhi
ajaran agama dalam melahirkan sifat kasih sayang sesama insan.
2. Mengukuhkan semangat cinta negara.
3 .Mengamalkan budaya bangsa
4 .Mengeratkan perpaduan bangsa
5 .Memelihara jati diri dan masyarakat
6 .Menguasai ilmu pengetahuan untuk kemajuan diri,bangsa dan negara.
7 .Menguasai segala bidang kemahiran.
8 .Menghindari budaya negatif dan masalah sosial dalam negara.
2. Mengukuhkan semangat cinta negara.
3 .Mengamalkan budaya bangsa
4 .Mengeratkan perpaduan bangsa
5 .Memelihara jati diri dan masyarakat
6 .Menguasai ilmu pengetahuan untuk kemajuan diri,bangsa dan negara.
7 .Menguasai segala bidang kemahiran.
8 .Menghindari budaya negatif dan masalah sosial dalam negara.
9 .Melindungi maklumat rahsia negara dan pertahanan
negara.
10. Mengelakkan melakukan rusuhan atau perhimpunan
menentang pemerintahan negara.
3. Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan
pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara.
Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan
tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Secara umumnya kita semua perlu bersatu padu dalam
apa jua keadaan mahupun ketika negara kita sedang meraih kejayaan ataupun
ketika sedang menghadapi gentingnya waktu kemunduran itu.Sebagai contoh ketika
negara kita digemparkan dengan kehilangan rakyat Malaysia bersama kapal terbang
MH370. Negara kita diselebungi dengan perasaan sedih dan sayu terutamanya ahli
keluarga yang terlibat dalam Tragedi MH370.Walaubagaimanapun,seluruh rakyat
Malaysia bersama-sama memberi sokongan padu dan moral dalam mendamaikan suasana
yang kian resah dan penuh keheningan.Selain itu,pemerintah dan rakyat bersatu
hati dalam mengukuhkan kestabilan perpaduan negara dan tenang dalam
menyelesaikan cabaran ini.
Tajuk: Pantun Ketamadunan
Murninya akhlak dari hatinya,
Lembut dan santun amalan semua,
Kedatangan agama mengubah segalanya,
Negara beradab terbentuk jua.
Melintasi awan hilang di mata,
Menyingkap seribu tanda Tanya,
Perubahan zaman telah pun tiba,
Kemajuan tamadun tiada akhirnya.
Lihat kehadapan meraih mimpimu,
Wahai masa depanku lindungilah tamadunmu.
Monday, October 10, 2016
NUR SHAMIZAH AINNA BINTI MUHAMMAD ESHAM A152346
REFLEKSI ILMU KETAMADUNAN
Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama
daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1. Kestabilan politik dan pemerintahan
2. Kewibawaan dan sifat dinamis pemimpin
3. Pembangunan minda dan etika dalam kalangan rakyat
4. Kemantapan ekonomi
5. Penguasaan bidang ilmu pengetahuan
6. Ketinggian nilai nilai murni dan peradaban
7. Rangsangan keagamaan dalam kehidupan
8. Penerokaan bidang sains dan teknologi
9. Hubungan diplomat dan toleransi dengan tamadun lain
10. Sistem kehakiman dan perundangan yang adil serta
saksama
DAYA PERSEPSI
Di kalangan
sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan
dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini
dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM. Apa pandangan orang Cina di
Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di
Malaysia?
Sejak
berlakunya peristiwa 11 September, perbincangan tentang keganasan ekstremis
Islam serta hubung kaitnya dengan istilah jihad sering mendapat liputan media.
Dunia mula melihat punca berlakunya keganasan, cara menangani isu tersebut,
kaedah-kaedah pencegahan dan sebagainya. Ada sebahagian yang menunjukkan
keraguan terhadap peristiwa 11 September tersebut bahawa bukan semata-mata
melibatkan ekstremis Islam, tetapi disebabkan paparan media yang dibuat secara
tidak menyeluruh. Hal ini secara tidak langsung telah memberikan impak kepada
persepsi pelbagai kaum–kaum di Malaysia terhadap komuniti Muslim.
Pandangan-pandangan dari Barat yang kebanyakannya negatif, dengan bantuan
media-media gergasi serta paparan-paparan keganasan yang disalah ertikan bagi
agenda memburukkan imej agama Islam telah mempengaruhi pemikiran masyarakat di
Malaysia.
Rata-rata, mereka yang ditemuramah
memberikan maklumbalas tentang pemahaman istilah jihad dalam konteks yang tidak
begitu holistik. Mereka mengatakan jihad sebagai perjuangan membela agama,
bangsa dan tanah air dan diperlihatkan di medan perang di mana orang Islam
mempertaruhkan jiwa dan raga demi agama. Perkara ini tidak boleh dipersalahkan
seandainya mereka membuat rumusan and pandangan berdasarkan maklumat yang
ditonjolkan oleh media massa Barat, yang begitu giat memburukkan imei Islam
dengan propaganda yang sistematik, halus dan terancang dan juga jika media
massa tempatan tidak begitu aktif memberi penerangan yang jelas dan menyeluruh
seterusnya membolehkan rakyat Malaysia mendapat informasi yang tetap berkaitan
hal ini. Walaupun begitu, hasil temuramah dengan kaum Cina dan India di UKM
dapat disimpulkan bahawa mereka rasa sangat bertuah kerana tidak
ada keganasan yang sedemikian meskipun agama Islam diangkat sebagai agama rasmi
negara, dan rakyat berbilang kaum dapat hidup dalam keadaan aman dan
harmoni.
Hakikatnya, konsep jihad mempunyai skop
yang luas dalam Islam dan boleh diterjemahkan dalam usaha mencari ilmu dunia
dan akhirat, melawan hawa nafsu dan mempertahankan maruah diri. Jihad
bukanlah dengan cara meletupkan diri semata-mata tetapi dengan
pengorbanan harta benda, wang ringgit, kekuatan fizikal bahkan buah fikiran
termasuk dalam sumbangan jihad seperti yang dilakukan para sahabat dalam
peristiwa Hijrah dan Perang Tabuk. Konsep ini yang tidak diketengahkan oleh
media Barat telah menimbulkan pandangan serong terhadap Islam dan konsep jihad
itu sendiri. Keganasan sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan ajaran Islam
kerana isu keganasan merentas batasan agama dan kaum. Terdapat penganut
agama lain juga melakukan keganasan, Iihat apa yang berlaku di Palestin dan
juga holocaust yang dilakukan terhadap orang Yahudi oleh pihak Jerman.
Malaysia
lantang mengkritik tindakan media barat yang melakukan tindak balas histerikal
setiap kali berlaku insiden keganasan di dunia yang mendiskriminasi dan
melabelkan golongan tertentu sebagai pengganas hanya berdasarkan agama dan
kaum. Masyarakat dunia perlu menangani punca-punca asas keganasan seperti
penindasan, ketidakadilan yang berterusan, penjajahan dan pencabulan hak asasi
manusia yang melampau terhadap mereka yang ditindas. Yang penting ialah
keperluan umat Islam di dunia dan khususnya di Malaysia mempamerkan amalan
Islam yang sebenar di mata dunia. Malaysia sewajarnya menjadi negara yang
menganjurkan kesederhanaan dalam semua aspek, serta mengutamakan rundingan
diplomatik dalam pelaksanaan hubungan luar untuk menyelesaikan masalah bagi
menangani isu Islamphobia yang dilanda dunia sekarang.
CIPTA
PUISI TEMA KETEMADUNAN
Kamu seorang sasterawan negara dan
dijemput mendeklamasikan satu puisibertemakan isu-isu ketamadunan samada dalam
bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.
Demi cinta bersemi ketemadunan
hakiki
Kasih pada keharmonian yang tiada
bertepi
Melangkah maju tanpa gentar
Mencipta wawasan tiada gegar
Menghayun tubuh penuh jiwa
Mengatur langkah sederap seirama, seia
sekata
Kini mendepani generasi alaf baru
Ajar dan perdengarkan perjuangan
silam
Jangan sampai terdampar sirna
Usah dikejar kemajuan semata
Maruah, nilai diri
Integriti dan kesaksamaan
tetap jua menuntut kerohanian atma
Ini perjuangan nirmala
Perjuangan atas nama tamadun
KEPELBAGAIAN
DALAM KESATUAN
Dalam
mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi
kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang
mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda
Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang terdiri daripada
rakyatnya yang berbilang kaum seperti kaum Melayu, India, Cina, dan
bumiputera lain yang wujud di Sabah dan Sarawak. Justeru, kepelbagaian dan
variasi latar belakang ini secara langsung ataupun tidak langsung ini tidak
dapat dinafikan melahirkan individu yang berbeza antara satu sama lain dari sudut
pandangan mahupun fahaman politik. Namun begitu, persolannya di sini sejauh
manakah isu perbezaan ini menjadi kekangan dalam membentuk kesepaduan dan
kesatuan demi masa depan tamadun? Adakah isu ini harus dipandang enteng dan
seterusnya mengakibatkan krisis berpanjangan malah lebih teruk lagi netizen
berpersepsi kesepaduan tidak akan dikecapi walupun pelbagai usaha dilakukan?
Setelah meneliti permasalahan ini secara mendalam, salah satu cara
untuk membolehkan perbezaan pandangan dan haluan politik tidak menjadi
penghalang untuk masyarakat adalah dengan mencari titik persamaan yang membawa
kepada kebaikan bersama. Titik persamaan yang dimaksudkan ialah matlamat serta
hasrat yang ingin digapai demi kemajuan dan keamanan tanah tumpah darah. Sudah semestinya
kita tidak menginginkan kemakmuran dan keharmonian dipertaruhkan dek sifat egoistik
mempertahankan hak kendiri. Lantaran itu, sifat toleransi dan hormat
menghormati dalam memperjuangkan serta menyuarakan buah fikiran dan hak perlu
diterapkan dalam setiap individu agar hasrat “kesepaduan dalam kepelbagaian”
menjadi kenyataan.
Rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh
mencetuskan provokasi dan pertelingkahan. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan
bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu
sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.
Tambahan lagi, dewasa ini sejajar dengan kecanggihan teknologi, proses
penyuaraan tentang pelbagai hal menjadi lebih mudah melalui internet, sms dan
pelbagai saluran data siber, lebih memudahkan proses penyuaraan ini.
Apatah lagi komentar dan kritik peribadi boleh disampaikan secara terbuka tanpa
segan silu sehingga bertikam lidah dengan rentetan kritikan dan menimbulkan
kekecohan dalam media.
Dalam konteks politik, perjuangan parti sewajarnya mengutamakan
kepentingan dan nilai universal dan bukanlah berteraskan perkauman. Hal ini
membolehkan rakyat berpoliltik secara lebih matang dan kritis. Prinsip
perkongsian kuasa dan permuafakatan wajar dijadikan tonggak untuk memastikan
kestabilan dan keamanan negara. Untuk menjamin kejayaan perkongsian kuasa ini,
barisan pemimpin yang dipilih dituntut untuk sentiasa berinteraksi serta peka
terhadap sebarang pandangan atau isu yang diutarakan oleh kelompok yang
diwakili di peringkat akar umbi. Segala permasalahan yang diutarakan,
seterusnya diterjemahkan melalui pelaksanaan dasar oleh kerajaan yang
memerintah. Pemimpin ini kemudiannya perlu memainkan peranan dalam memberi
penerangan terhadap sebarang kekeliruan yang timbul. Melalui interaksi ini,
keharmonian perhubungan dalam kalangan golongan memerintah dan diperintah dapat
dijaga.
Intihanya, Rakyat Malaysia yang mempunyai pandangan dan latar belakang politik yang berbeza perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat iaitu membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni bagi memudahkan pelaksanaan pembangunan negara. Kematangan rakyat serta penyelesaian melalui perundingan dalam pelbagai cara dan bentuk dalam menangani sebarang konflik dan pergeseran yang timbul disebabkan pertelingkahan yang timbul kerana perbezaan sosial merupakan keadaan yang perlu diwujudkan agar semua pihak dapat bersatu padu demi masa depan tamadun. Walaupun tidak semua cabaran, rasa ketidakpuasan puas hati dan potensi konflik terselesai, namun keadaan terkawal dapat dipastikan kerana anggota masyarakat amnya menolak keganasan dan persengketaan sebaliknya sentiasa mengutamakan rundingan dan kompromi.
Intihanya, Rakyat Malaysia yang mempunyai pandangan dan latar belakang politik yang berbeza perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat iaitu membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni bagi memudahkan pelaksanaan pembangunan negara. Kematangan rakyat serta penyelesaian melalui perundingan dalam pelbagai cara dan bentuk dalam menangani sebarang konflik dan pergeseran yang timbul disebabkan pertelingkahan yang timbul kerana perbezaan sosial merupakan keadaan yang perlu diwujudkan agar semua pihak dapat bersatu padu demi masa depan tamadun. Walaupun tidak semua cabaran, rasa ketidakpuasan puas hati dan potensi konflik terselesai, namun keadaan terkawal dapat dipastikan kerana anggota masyarakat amnya menolak keganasan dan persengketaan sebaliknya sentiasa mengutamakan rundingan dan kompromi.
Sunday, October 9, 2016
WINNIE LEW EE LING (A156089)
Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan
Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan
temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM. Apa
pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa
pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Islam merupakan
agama yang paling banyak disalahfahami oleh manusia. Salah faham terhadap Islam
bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat bukan Islam, malah sering juga
berlaku dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Pelbagai tuduhan, tohmahan dan
anggapan salah dibuat terhadap Islam yang menggambarkan kesalahfahaman
masyarakat terhadap Islam. Semua ini berlaku kerana kejahilan terhadap hakikat
agama Islam itu sendiri. Hakikat jihad adalah upaya yang sungguh-sungguh untuk
mencapai hal-hal yang diridhai oleh Allah seperti iman dan amal saleh,
sekaligus untuk menolak hal-hal yang dibenci-Nya seperti kekufuran, kefasikan,
dan kemaksiatan.
Pandangan orang
India terhadap agama Islam ialah ia adalah agama yang sangat mementingkan
keamanan dan keselamatan manusia seluruhnya. Pada zaman keagungan Islam,
masyarakat manusia pelbagai agama telah hidup dengan aman dan makmur di bawah
pemerintahan Islam. Mereka bukan sahaja menikmati kehidupan yang bahagia
sebagai rakyat biasa, malah ada antara mereka yang dilantik sebagai pembesar
atau menteri yang diberikan kuasa-kuasa tertentu dalam pemerintahan negara
Islam.
Manakala,
pandangan orang Cina terhadap agama Islam ialah ia adalah agama yang menunjukkan
keadilan. Keadilan agama Islam telah ditunjukkan melalui peristiwa semasa
Peperangan Salib antara tentera Islam dengan tentera Kristian. Para sejarawan
termasuk dari Barat mencatatkan bahawa semasa pakatan tentera Kristian dari
seluruh Eropah menawan Constantinople yang ditadbir oleh pemerintah Islam,
mereka membunuh hampir 80,000 penduduk Constantinople dan semua masjid
diruntuhkan. Menurut catatan sejarah, jalan raya Constantinople seolah-olah
menjadi sungai darah dengan bahagian-bahagian tubuh badan manusia yang telah
dipotong-potong dapat dilihat di merata tempat. Bagaimanapun apabila tentera
Islam berjaya menawan kembali Constantinople dari tentera Kristian lebih 70
tahun selepas itu, dilaporkan bahawa tidak ada darah orang awam baik yang beragama
Islam mahupun yang beragama Yahudi atau Kristian yang gugur dan tiada satu pun
gereja yang diruntuhkan. Begitu juga apabila tentera Islam terpaksa berundur
dari Sepanyol selepas mentadbir negara itu untuk sekian lama, orang Yahudi juga
turut mengikut tentera Islam untuk berundur dan kembali ke Timur Tengah. Mereka
lebih selesa dan merasa lebih selamat untuk tinggal di bawah pemerintahan Islam
daripada berada di bawah pemerintahan tentera Kristian.
Pandangan orang
Melayu terhadap agama Islam ialah ia adalah agama yang mangajar mereka untuk
membina hubungan yang baik antara orang Islam dan juga orang bukan Islam. Banyak
ayat al-Qur’an yang melarang umat Islam daripada bermusuhan dengan orang bukan
Islam kecuali jika mereka dahulu yang memulakan permusuhan. Selain itu,
Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan contoh yang sangat baik dalam hal ini.
Semasa Baginda memerintah negara Islam Madinah, kota Madinah turut didiami oleh
orang bukan Islam. Namun, Baginda telah mewujudkan satu kontrak sosial yang
dikenali sebagai Piagam Madinah yang menjamin hak-hak orang bukan Islam dalam
negara Islam Madinah untuk hidup dengan aman damai dan menjalani ajaran agama
mereka tanpa gangguan.
Ajaran al-Qur’an
dan petunjuk al-Sunah memandu masyarakat Islam dalam membentuk sikap dan
hubungan yang baik serta adil dengan masyarakat bukan Islam pada sepanjang
sejarah. Dengan itu, pandangan terhadap agama Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan
dengan perkataan Jihad merupakan suatu kesalahfahaman.
Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan
yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learning dan perjumpaan dalam
dewan kuliah, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih
lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1. Memastikan politik
yang stabil
2. Mewujudkan
negara yang aman
3. Menguasai ilmu
pengetahuan
4. Menguasai sains
dan teknologi
5. Berkreatif dan
inovatif
6. Berdisiplin dan
mematuhi undang-undang Negara dan juga ajaran agama
7. Mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu
8. Mengutamakan
kebajikan rakyat
9. Mengutamakan
keamanan
10. Saling
bertolak ansur
Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat
dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam
keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun?
Diskus dengan rakan-rakan anda.
1. Rakyat haruslah
bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum.
2. Rakyat haruslah
berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa.
3. Rakyat boleh mengunjungi
rumah jiran yang brelainan bangsa semasa hari lebaran atau perayaan.
4. Rakyat haruslah
menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
jenis kaum dan etnik.
5. Rakyat haruslah tidak
mencetuskan isu-isu sensitif, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya
sendiri dan mengejek budaya kaum lain.
6. Rakyat haruslah
menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan Negara. Mengetahui
dan memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi
berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai
perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini.
7. Rakyat haruslah
menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun
rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah tidak mengambil
kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat
merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.
8. Rakyat haruslah
bertolak ansur antara satu sama lain.
9. Rakyat haruslah
bertoleransi dan berbincang dengan bertenag untuk mendapat satu pandangan yang
disetujui oleh semua orang.
10.Rakyat hruslah
mewujudkan perasaan saling hormat menghormati dan harga menghargai antara satu
sama lain kerana kita semuanya diciptakan bersama-sama dengan kelebihan dan
kekurangan masing-masing.
Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput
mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam
bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.
Easier and Difficult
Fail is easier, succeed is difficult.
Hatred is easier, love is difficult.
Wrong is easier, right is difficult.
Take is easier, give is difficult.
Lost is easier, found is difficult.
Death is easier, birth is difficult.
Blame is easier, absolve is difficult.
Destruction is easier, construction is difficult.
Fall down is easier, wake up is difficult.
War is easier, civilization is difficult.
PAVITRA A/P GANASAN (A153583)
Berdasarkan video-video berkaitan ilmu
ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig dan
perjumpaan dalam dewan kuliah... Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia
akan bertahan
lebih lama daripada keruntuhan akibat
globalisasi dan lain-lain faktor
1-Rangsangan keagamaan dan kerohanian yang
membawa kepada kehidupan yang damai
2-Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai
moral yang tinggi dan terpuji
3-Peningkatan kemahiran dan penghasilan
teknologi
4-Persaingan dengan tamadun lain yang
pelbagai mewujudkan interaksi antara tamadun
5-Kedudukan ekonomi, politik dan sosial
yang kukuh
6-Kerjasama antara pelbagai masyarakat di
Malaysia dapat mempertahankan negara daripada ancaman luar
7-Rakyat Malaysia yang
berpandangan jauh dalam menerima perubahan yang membawa manfaat kepada rakyat
dan negara.
8-Memantapkan pertahanan Malaysia dari
segi bilangan angkatan, peralatan dan benteng pertahanan.
9-Sistem pentadbiran
yang sistematik
10-Keadilan yang menyeluruh
Di kalangan sebahagian media Barat cuba
menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan
dikaitkan dengan perkataan Jihad.
Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik
dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan
orang Cina di Malaysia?
Apa pandangan orang Melayu di Malaysia?
Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Perkataan Jihad pada zaman sekarang ini
mempunyai persepsi yang berbeza di kaca mata masyarakat. Sehubungan itu,perlu adanya
penjelasan tentang pengertian erti jihad agar masyarakat tidak beranggapan
buruk terhadap jihad yang sebenarnya.
Secara
keseluruhannya, dapat dilihat bahawa Islam tidak mensyariatkan sesuatu kecuali
ianya adalah untuk kebaikan dan kepentingan manusia. Dalam Islam, Jihad
disyariatkan supaya dalam keadaan tertentu di mana diperlukan ada cara dan
kaedah yang telah dibenarkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Selain itu,
perang yang dilancarkan oleh Rasulullah SAW juga tidak mengandungi unsur-unsur
keganasan, tidak melampaui batas dan juga mempunyai etika dan peraturan yang
berperikemanusiaan. Selain itu, jihad dan peperangan bukanlah satu alat untuk
menyebarkan agama Islam dengan memaksa manusia menganut agama Islam.
Berdasarkan pandangan orang Cina di
Malaysia, mereka juga berpendapat bahawa agama Islam tidak memaparkan sebarang
keganasan dan tidak memaksa orang lain untuk menganut agama Islam. Sebaliknya,
agama Islam adalah salah satu agama yang diamalkan oleh kebanyakan rakyat
Malaysia. Seterusnya, orang Cina juga berpendapat bahawa jihad tidak membawa
ancaman kepada masyarakat Malaysia.
Mengikut masyarakat Melayu pula,mereka
berpendapat bahawa Jihad adalah amalan kebaikan yang Tuhan syariatkan dan
menjadi sebab kukuh dan kemuliaan umat Islam. Namun mereka menyatakan, kebaikan
ini harus memenuhi syarat ikhlas dan sesuai dengan syariat Islam. Jihad pada
dasarnya amat berbeza dan amat asing dengan istilah terrorisme dan keganasan.
Dari segi pandangan bangsa-bangsa lain pula,
Jihad merupakan salah satu unsur agama Islam yang tidak mengugat kehidupan
masyarakat lain di Malaysia. Masyarakat yang beragama lain juga bersetuju
bahawa pandangan yang negatif terhadap perkataan jihad perlu dielakkan.
Kamu
seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi
bertemakan
isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi
tersebut hanya
10-15
baris sahaja
Tamadun Malaysia,
tamadun terbilang.
Pelbagai kaum
bersatu minda,
Hidup damai dan
harmoni,
Perbezaan bahasa
tidak menjadi halangan,
Hidup tanpa
persengkataan,
Hidup tanpa perselisihan
faham,
Perpaduan menjadi
keutamaan,
Walaupun pelbagai
ancaman,
Agama menjadi
pegangan,
Inilah asas
ketamadunan.
Peradaban dan budi
menjadi jiwa,
Agama dan budaya melakar
masa depan,
Teknologi dan
inovasi membawa kemajuan,
Perbezaan bahasa tidak
menghalang
Hidup tanpa
persengkataan,
Hidup tanpa penjajahan
Walau betapa kuat
ancaman
Perpaduan menjadi
benteng pertahanan
Pemimpin wibawa
kukuh kedudukan
Beginilah
berkembang tamadun Malaysia
Dalam
mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik
demi
kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua
orang
mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Perbezaan antara parti politik dan
pendapat adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkkan. Sebenarnya, perbezaan inilah yang menjadi
asas bagi perkembangan tamadun. Pada era globalisasi ini, pelbagai ancaman
dihadapi oleh negara kita. Sebagai contoh, pada waktu ekonomi Malaysia yang
tidak stabil ini masyarakat perlu bersatu padu dan memberi komitmen untuk
mengambil langkah proaktif. Rakyat juga perlu memainkan peranan dengan
bekerjasama apabila negara kita dijajah
oleh negara asing dari segi ekonomi ,
teknologi , politik dan sosial. Rakyat juga perlu berganding bahu apabila
negara mengalami kerumitan .Contohnya, sewaktu insiden kehilangan pesawat
MH370, pelbagai kaum di Malaysia bersatu tenaga untuk membuat pencarian.
Tambahan pula, apabila pemain Malaysia mewakili negara ke peringkat
antarabangsa, rakyat perlu bersatu suara memberi sokongan moral tanpa mengira
bangsa dan agama demi kejayaan negara kita.
Friday, October 7, 2016
TAN BEE YOKE (A152820)
Kepelbagaian dalam Kesatuan
Perbezaan
pendapat dan pelbagai parti politik mesti wujud dalam mana-mana tamadun untuk
melangsungkan kekuatan sesebuah negara. Negara kita, Malaysia, juga merupakan
negara sebegini. Dalam keadaan ini, semua orang mesti bersatu semula untuk masa
depan tamadun dimana isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang
perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai
ikatan dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negative
akan menimpa masyarakat Malaysia. Oleh itu, pelbagai usaha yang perlu diambil
bagi memupuk semangat bersatu padu dalam masyarakat.
Antara
usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mewujudkan semula semangat bersatu-padu
adalah mengadakan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai kaum,
contohnya gotong-royong. Gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada
rakyat untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Selain itu,
gotong-royong dapat memupuk nilai bekerjasama untuk bersama-sama membersih dan
mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman ataupun sekolah. Pendek kata,
aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat
perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara
untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun ebrlainan bangsa dan
agama.
Seterusnya,
cara untuk bersatu semula tamadun adalah menjaga budi bahasa sarta akhlak dalam
pergaulan seharian. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan
kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa
dipatuhi dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari
perayaan. Sambutan perayaan pelbagai kaum bolehlah dilakukan untuk mengerat
hubungan antara kaum sambil mempelajari adat dan budaya agama lain. Antara
hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia,
Hari Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan sebagainya.
Untuk
menyatu semula tamadun Malaysia, proses perkembangan ekonomi dirangka untuk
membolehkan semua kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi.
Kerajaan patut menggunakan dasar untuk membekal bidang pekerjaan yang luas dan
pendapatan rakyat yang seimbang untuk mengurangkan jurang perbezaan antara
etnik-etnik dan kawasan bandar dengan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan
dan menstabilkan tahap ekonomi negara, perpaduan antara kaum dapat diwujudkan
di samping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.
Dari
segi politik, pemimpin yang berwibawa perlu dipilih untuk mendapat keakuan dan
kehormatan daripada setiap rakyat yang melingkumi setiap agama yang terdapat
dalam negara. Seorang pemimpin boleh menentukan takdir pembangunan sesebuah
negara dimana sekiranya pemimpin tersebut ialah seorang yang penakut,
melibatkan diri dalan kegiatan rasuah, tidak dapat melakukan pilihan yang bijak
dan saksama, apakah yang akan berlaku kepada rakyat serta negara tersebut? Oleh
itu, untuk mewujudkan semula semangat bersatu padu, seorang pemimpin yang
berwibawa perlulah dipilih untuk mengetuai pembangunan negara.
Akhir
kata, sekiranya seluruh rakyat Malaysia berganding bahu dan bekerjasama dengan
mengamalkan semangat patriotik yang dalam terhadap Malaysia, bukan sahaja
integrasi dan perpaduan nasional dapat dicapaikan, malah melonjak nama Malaysia
ke pentas sedunia sekaligus menjadi model kepada negara-negara yang lain.
Puisi bertemakan isu-isu ketamadunan
Di
antara berbilang bangsa
sebuah dangau didirikan
dengan harmoni
penghuni-penghuni sukaria
tanpa menghiraukan
keturunan bangsa
pelukan agama
pertuturan bahasa
saling mewujudkan
suasana muhibbah
sentiasa eratkan
tali persaudaraan
sebuah dangau didirikan
dengan harmoni
penghuni-penghuni sukaria
tanpa menghiraukan
keturunan bangsa
pelukan agama
pertuturan bahasa
saling mewujudkan
suasana muhibbah
sentiasa eratkan
tali persaudaraan
Inilah
maksudnya
Ketamadunan.
Temuduga
Di kalangan sebahagian media barat cuba
menonjolkan islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan jihad.
1. Orang cina yang bernama Chua Hock Siang
mempunyai pandangannya terhadap perkara ini. Dia menyatakan bahawa dia kurang
memahami perkara ini tetapi dari apa yang telah dia pelajari dalam sejarah
Malaysia, dia percaya yang islam bukannya agama keganasan kerana dia rasa aman
dan selesa untuk bergaul dengan kawan yang beragama islam dan mereka
berkelakuan baik dan hormat antara satu sama lain.
2. Orang melayu yang bernama Nur Adilah
binti Abd Rahman memberi pandangannya dimana media barat sepatutnya memberi
laporan yang benar walaupun kebenaran itu memberi tamparan kepada diri sendiri
atau kepada pihaknya. Islam menuntut supaya bercakap benar walau ia begitu
sukar untuk diterima. Asas kepada kebenaran adalah ilmu. Media juga patut tahu
kesan daripada maklumat kepada pengguna. Cara media Barat menggambarkan Islam
menimbulkan ketakutan dan kebencian sesetengah masyarakat Barat terhadap Islam.
Meletakkan Islam sebagai musuh dari dalam. Kita tidak menafikan terdapat orang
Islam, oleh kerana tekanan tertentu terpaksa mengambil jalan keganasan untuk
meluahkan perasaan kekecewaan mereka. Kita tahu keganasan tidak terbatas kepada
penganut agama tertentu. Di negara-negara bukan Islam berlaku keganasan dan
mereka bukan penganut Islam. Akan tetapi mengapa label keganasan itu hanya
diberikan kepada Islam dan orang Islam. Ini tidak adil dan tidak rasional.
Sebenarnya media Barat ada agenda tertentu ke atas Islam dan orang Islam. Kita
tahu Islam adalah ajaran yang membawa kepada keselamatan bukan sebaliknya. Dalam
sejarah Islam memang berlaku peperangan. Akan tetapi peperangan itu dilakukan
untuk mempertahankan maruah Islam; setelah tertutup pintu rundingan. Dalam
peperangan ada batas-batasnya seperti tidak menganiayai dan membunuh
kanak-kanak, orang tua dan perempuan. Tidak merosakkan makanan, tumbuhan dan
sebagainya. Apa yang kita saksikan sekarang peperangan tidak mengecualikan
golongan ini. Bahkan orang awam yang tidak berdosa ramai menjadi mangsa.
Segala-galanya musnah tanpa belas kasihan. Inilah peperangan di zaman manusia
mencapai tamadun.
3.
Orang india yang bernama Nanthini berasa salah faham media barat
terhadap islam patut dijelaskan kepada globalisasi kerana ini telah menjejaskan
imej ataupun nama agama islam. Dia juga menberitahu bahawa ‘jihad’ merupakan antara salah satu prinsip
asas agama Islam. Nanthini berpendapat bahawa para pemimpin
Muslim dunia dan agama lain harus merancangkan dialog antara agama lain untuk menyelesaikan persalahan faham antara satu lain. Sebagai
tambahan bagi perbaikan hubungan Muslim-Barat secara umum, akan lebih mudah
untuk menyelesaikan konflik-konflik politik antara bangsa.
Refleksi Ilmu Ketamadunan
10 cara supaya tamadun
Malaysia akan bertahan lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan factor lain:
1. Dari sudut akhlak
diri, kita patut mematuhi ajaran agama
masing-masing dengan mematuhi larangan agama dan jujur, bertanggungjawab
dalam perbuatan yang telah dilakukan. Contohnya, kita harus menghindar budaya negative
seperti berjudi, merompak atau perkara lain yang akan menjatuhkan nama baik
Negara Malaysia.
2. Kita patut memupuk inovatif dan kreativiti untuk
mengelakkan ketinggalan teknologi berbanding dengan negara-negara yang maju.
Dengan ini, kita, sebagai rakyat Malaysia harus rajin belajar dengan amalkan
pendidikan sepanjang hayat untuk menguasai ilmu, kemahiran teknologi dan
pelbagai bahasa/bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa.
3. Malaysia merupakan
negara yang merangkumi pelbagai kaum dan agama. Oleh itu, dari sudut hubungan
social, kita kenalah meningkatkan
perpaduan kaum dan memupuk semangat kekitaan dalam rakyat Malaysia. Rakyat
haruslah bersedia bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain
dengan memahami dan menghormati pegangan dan amalan budaya agama lain.
4. Dari sudut
patriotism, kita sebagai salah satu rakyat Malaysia perlu memupuk semangat cinta akan negara dan setia, taat kepada
negara dengan menjaga nama baik negara dan sanggup berkorban untuk negara.
Dengan ini, kita perlu bangga dengan keunikan negara, sedia berubah untuk
kemajuan, tolak ansur dalam menghadapi konflik, dan yang penting, menolak
amalan rasuah.
5. Aspek politik amat penting untuk
menjaga keamanan sesebuah negara. Oleh itu, dari
sudut kepimpinan, kita patut memilih
pemimpin yang berwibawa, yang benar-benar layak, berwawasan, jujur dan
amanah dimana pemimpin tersebut boleh memperoleh kehormatan daripada setiap
rakyat.
6. Keruntuhan akan
berlaku pada negara yang huru-hara. Untuk mempertahankan tamadun Malaysia, kita
mestilah mengekalkan keamanan negara
dengan tidak memainkan isu yang sensitive, menghormati hak asasi, menghormati
agama dan budaya lain, mematuhi undang-undang negara, menolak sebarang bentuk
keganasan serta menghormati amalan demokrasi.
7. Dari sudut
pendidikan, kerajaan perlu menekankan
kepentingan pendidikan kerana pendidikan adalah amat penting untuk
menentukan tahap keilmuan sesebuah negara. Kerajaan bolehlah menambah
peruntukan bagi pendidikan, melaksanakan dasar pendidikan wajib, memperbanyakkan
pusat pengajian tinggi, menggalakkan kajian dan penyelidikan, memberi biasiswa
kepada pelajar yang berpatutan dan memperbanyakkan perpustakaan awam yang
berkualiti.
8. Alam sekitar mewakili imej dan maruah
sebuah negara. Negara lain akan memandang rendah terhadap negara yang tidak
berkemampuan untuk menjaga alam sekitar negara tersebut. Dengan ini, kita perlu menyokong
pemeliharaan alam sekitar, menyertai kempen
alam sekitar, menjaga kebersihan sekeliling
kita dengan tidak membuang sampah
merata-rata, menjimatkan penggunaan tenaga
yang tidak boleh diperbaharui, dan mengelakkan
pembakaran terbuka.
9. Kesihatan rakyat
dapat mempengaruhi pembangunan sebuah negara. Dengan ini, rakyat Malaysia
bolehlah
amalkan gaya
hidup sihat seperti sentiasa bersenam
dan amalkan pemakanan yang seimbang. Hospital kerajaan boleh bekalkan pemeriksaan kesihatan yang percuma atau murah
untuk rakyat.
10. Kemajuan ekonomi
merupakan salah satu aspek yang penting untuk mempertahankan Malaysia daripada
keruntuhan. Untuk memajukan ekonomi,
kerajaan perlu menggunakan semua sumber negara dan meneruskan kecemerlangan
sedia ada. Dengan ini, kerajaan bolehlah menumpukan kemahiran tinggi, menambah
bilangan pekerja mahir, membina pusat latihan, memajukan industri asas tani dan
memajukan perdagangan antarabangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
