1.Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM. Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?
Pandangan orang cina terhadap konsep jihad dalam
Islam.
.
Jihad merupakan satu prinsip yang dipegang oleh
orang Islam dimana ianya adalah baik untuk semua lapisan kaum. Pengaruh Barat
yang cuba untuk memburukkan prinsip ini dengan mencipta pandangan yang tidak
baik terhadap orang Islam.
Pandangan orang India terhadap konsep jihad dalam
Islam
Keamanan merupakan impian setiap masyarakat tidak
kira kaum sebagaimana yang ditunjukkan dalam konsep Jihad.Walaubagaimanapun
tomahan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap orang Islam sebagai pengganas
adalah tidak wajar,malahan itu adalah agenda Barat untuk mengalih perhatian
terhadap mereka sendiri.
Pandangan orang Melayu terhadap konsep Jihad dalam Islam
Sebagai orang Melayu yang menganuti agama Islam
adalah menjadi suatu teras kepada umat Islam untuk melaksanakan Jihad dan kita
seharusnya menunjukkan serta menerangkan bahawa makna sebenar konsep Jihad itu
sendiri kepada kaum dan penganut agama yang lain.Hal ini penting untuk
menentang fahaman Barat yang cuba mengekploitasi tujuan sebenar Jihad ini.
2.Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan
bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain
faktor.
1. Mematuhi
ajaran agama dalam melahirkan sifat kasih sayang sesama insan.
2. Mengukuhkan semangat cinta negara.
3 .Mengamalkan budaya bangsa
4 .Mengeratkan perpaduan bangsa
5 .Memelihara jati diri dan masyarakat
6 .Menguasai ilmu pengetahuan untuk kemajuan diri,bangsa dan negara.
7 .Menguasai segala bidang kemahiran.
8 .Menghindari budaya negatif dan masalah sosial dalam negara.
2. Mengukuhkan semangat cinta negara.
3 .Mengamalkan budaya bangsa
4 .Mengeratkan perpaduan bangsa
5 .Memelihara jati diri dan masyarakat
6 .Menguasai ilmu pengetahuan untuk kemajuan diri,bangsa dan negara.
7 .Menguasai segala bidang kemahiran.
8 .Menghindari budaya negatif dan masalah sosial dalam negara.
9 .Melindungi maklumat rahsia negara dan pertahanan
negara.
10. Mengelakkan melakukan rusuhan atau perhimpunan
menentang pemerintahan negara.
3. Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan
pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara.
Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan
tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Secara umumnya kita semua perlu bersatu padu dalam
apa jua keadaan mahupun ketika negara kita sedang meraih kejayaan ataupun
ketika sedang menghadapi gentingnya waktu kemunduran itu.Sebagai contoh ketika
negara kita digemparkan dengan kehilangan rakyat Malaysia bersama kapal terbang
MH370. Negara kita diselebungi dengan perasaan sedih dan sayu terutamanya ahli
keluarga yang terlibat dalam Tragedi MH370.Walaubagaimanapun,seluruh rakyat
Malaysia bersama-sama memberi sokongan padu dan moral dalam mendamaikan suasana
yang kian resah dan penuh keheningan.Selain itu,pemerintah dan rakyat bersatu
hati dalam mengukuhkan kestabilan perpaduan negara dan tenang dalam
menyelesaikan cabaran ini.
Tajuk: Pantun Ketamadunan
Murninya akhlak dari hatinya,
Lembut dan santun amalan semua,
Kedatangan agama mengubah segalanya,
Negara beradab terbentuk jua.
Melintasi awan hilang di mata,
Menyingkap seribu tanda Tanya,
Perubahan zaman telah pun tiba,
Kemajuan tamadun tiada akhirnya.
Lihat kehadapan meraih mimpimu,
Wahai masa depanku lindungilah tamadunmu.
No comments:
Post a Comment