Thursday, October 6, 2016


SIM LEE YEN (A154224)

KEPELBAGAIAN DALAM KESATUAN
       Pada pandangan saya, saya berasa semua orang mesti bersatu semula tanpa mengira mana-mana tamadun berasal apabila negara menghadapi krisis yang boleh menjejaskan kestabilan negara. Sebagai contoh, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah bersatu sekiranya negara kita mengalami ancaman musuh yang boleh mengugat keselamatan dan kemerdekaan negara.
       Malaysia merupakan sebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan. Sebagaimana kita tahu, kemerdekaan negara kita bukan satu pencapaian yang senang untuk dicapai. Tokoh-tokoh sejarah yang berjasa dalam memerdekakan negara seperti Tunku Abdul Rahman-Bapa Kemerdekaan, Tun Abdul Razak dan sebagainya telah menaruh banyak usaha untuk menunaikan harapan tersebut. Penjajahan negara luar terhadap negara kita telah mengehadkan kami untuk membuat sebarang perubahan terhadap tanah air kita yang tujuannya adalah untuk memajukan tanah air. Hal ini telah menjadikan rakyat tanah air ini seperti hamba penjajah, mengikut arahan penjajah dan kebebasan rakyat telah dieksploitasikan dengan sepenuhnya. Hal ini demikian, tokoh-tokoh kemerdekaan telah mengorak langkah untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan dan dengan perjuangan mereka yang panjang itu, akhirnya negara kita telah berjaya mencapai kemerdekaan. Pencapaian tersebut membolehkan kita hidup dengan aman damai hingga kini. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia, semua orang memikul tanggungjawab untuk menjaga kedaulatan negara kita. Dengan ini, kita haruslah hidup bersama dengan harmoni dan mengurangkan konflik dan permasalahan sesama lain agar kestabilan negara terpelihara. Kita mestilah berdiri teguh apabila negara menghadapi apa jua masalah untuk memelihara kemerdekaan yang berharga. Oleh demikian, keunikan tamadun Malaysia mendapat kesinambungan dan terus bertahan hingga masa depan.
        Selain itu, semua orang perlulah bersatu semula tanpa mengira perbezaan tamadun dalam isu penyalahgunaan dadah dan jenayah. Kedua-dua isu tersebut perlu dipandang serius oleh setiap orang dan berusaha untuk menangani masalah tersebut. Penyalahgunaan dadah merupakan jenayah yang sangat serius dalam Malaysia kerana dadah merupakan barang haram yang boleh membawa keruntuhan terhadap sesebuah negara dan setiap individu. Oleh itu, demi menjamin keselamatan dan keamanan negara, jenayah penyalahgunaan dadah mestilah ditangani kerana jenayah bukan sahaja boleh menjejaskan ketenteraman rakyat tetapi juga boleh menjatuhkan imej negara dalam mata dunia. Hal ini demikian, semua orang perlulah bekerjasama dalam mengatasi isu tersebut dengan menjalankan tanggungjawab dan kewajipan untuk melaporkan sebarang kes mengenai dadah kepada pihak berkaitan agar tindakan segera boleh diambil. Selain jenayah penyalahgunaan dadah, jenayah lain seperti meragut, rompakan, penculikan, pembunuhan dan sebagainya juga memerlukan usaha rakyat untuk mengatasi kes-kes tersebut. Semua jenayah membawa ketidaktenteraman kepada rakyat dan menjejaskan keselamatan rakyat, dengan ini, semua orang memainkan peranan yang penting dalam pembasmian jenayah agar keharmonian dan kedamaian negara terjaga. Dengan adanya kerjasama rakyat, jenayah boleh diatasi dengan efektif dan memastikan tamadun Malaysia tidak dicemari oleh unsur-unsur Oleh demikian, ketulenan tamadun Malaysia dapat dihayati oleh generasi muda pada masa depan.

PUISI
Di maya ini, kami tafsir segala peradaban
Menyirami kuntum perkasihan di laman
Telah kami baja keakraban pengalaman

Pegangan agama pemangkin peradaban
Agama pengusir kejahatan, pemelihara kemurnian
Tanpa agama rapuh ketamadunan

Pemerintahan adalah tulang belakang negara
Keunggulan dan kestabilan negara bergantung ia
Pemimpin menjadi kemudi negara

Pendidikan adalah jendela ilmu
Jendela menuju kehidupan yang lebih sukses
Menuju kehidupan yang lebih indah dan beradab

Membangun bandar dengan jayanya
Mencapai modenlisasi dengan penuh dedikasi
Marilah kita bersama mengecapi  ketamadunan yang cemerlang  dan gemilang

DAYA  PERSEPSI   
       Pandangan orang Cina di Malaysia terhadap agama Islam adalah mereka berasa agama Islam merupakan satu agama yang menekankan sifat sopan santun dan penerapan nilai-nilai yang baik dalam unat Islam. Hal ini kerana dalam pegangan agama Islam, terdapat banyak adab tradisi yang amat menekankan umat Islam untuk mempraktikkan amalan-amalan tersebut dalam kehidupan seharian. Amalan yang perlu dipraktikkan adalah seperti dari segi pemakaian, aurat lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Hal ini telah menunjukkan agama tersebut amat mementingkan keterampilan seseorang dan mengelakkan umatnya memakai terlalu menjolok mata yang dipandang sebagai tidak sopan. Amalan yang menunjukkan kesopanan seperti meminta izin sebelum masuk rumah, memohon kemaafan dari ibu bapa semasa Hari Raya, memberi salam setiap kali menemui sesiapa yang berkenalan, tidak boleh mempunyai sentuhan antara lelaki dan perempuan dan sebagainya. Dengan ini, secara keseluruhan, bagi orang Cina, Islam merupakan satu agama yang suci dan aman.
       Pandangan orang Melayu di Malaysia terhadap agama Islam adalah agama Islam adalah agama yang dihormati tinggi dan dipandang suci. Umat Islam amat menghormati Nabi Muhammad Ali kerana mereka percaya beliau yang memegang kunci utama dalam penyebaran agama Islam dan membangun peradaban Islam. Tanpa Nabi Muhammad Ali, Islam tidak akan wujud dan tidak dapat membangun hingga semaju pada masa kini. Mereka juga percaya Nabi Muhammad Ali banyak menekankan prinsip aman dalam pegangan Islam. Oleh itu, kepercayaan orang Melayu pada pandangan agama Islam bercanggah dengan apa yang cuba ditonjolkan oleh media Barat, iaitu agama Islam adalah agama keganasan. Mereka percaya agama Islam adalah agama yang menekankan keamanan dunia.
       Pandangan orang berbangsa lain terhadap agama Islam pula adalah mereka berasa agama Islam sebagai agama yang menekankan ajaran tatasusila dan berpegang pada prinsip moral. Selain itu, mereka juga berasa agama Islam mempunyai banyak ciri-ciri keistimewaan yang agak menarik, terutamanya kesusilaan. Agama Islam mewajibkan umat Islam untuk menjalankan kewajiban dalam zakat yang merupakan suatu keistimewaan yang hanya terdapat dalam agama Islam. Zakat merupakan dermaan wajib oleh golongan yang mampu kepada golongan yang berhak menerimanya (golongan yang tidak berkemampuan). Melalui zakat, mereka berasa agama Islam adalah satu agama yang membantu orang yang memerlukan bantuan. Sekirannya agama Islam adalah agama yang sudi membantu orang, pastinya bukan agama keganasan yangg boleh mengugat dan mencederakan orang. Oleh itu, agama Islam dikonklusikan sebagai agama yang suci, bukannya agama keganasan.

REFLEKSI  ILMU  KETAMADUNAN
Cara-cara untuk memastikan tamadun Malaysia dapat bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan faktor lain:
1. Pemimpin dan rakyat Malaysia perlulah sentiasa bersikap dan berfikiran terbuka untuk menerima perubahan dalam aspek teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial agar negara tidak terpinggir daripada arus kemajuan dunia.
2. Pemimpin perlulah berkaliber dalam kepemimpinan negara, agar dapat memimpin negara kita dengan sistem yang teratur dan adil agar dapat mewujudkan sebuah kerajaan/negara yang stabil dari segi pemerintahan dan pentadbiran.
3. Pemimpin negara haruslah menjaga hak kemanusiaan dalam negara bagi mengelakkan berlakunya penindasan, kezaliman dan ketidakadilan dalam negara yang boleh mengeksploitasikan hak rakyat.
4. Semua lapisan masyarakat haruslah menghayati nilai-nilai dan moral serta mempraktikkan nilai-nilai murni tersebut dalam kehidupan untuk mewujudkan keharmonian dalam negara.
5. Ekonomi negara perlu diperkukuhkan dengan meminimakan jurang perbezaan ekonomi dalam golongan masyarakat bagi mewujudkan keadaan ekonomi yang stabil dalam negara.
6. Rakyat Malaysia perlulah mempunyai pegangan agama yang kukuh dalam kehidupan seharian dan memelihara agama untuk memastikan kesinambungan agama dan budayanya dalam masa yang akan datang.
7. Pendidikan negara perlulah dititikberatkan agar perkembangan ilmu pengetahuan dapat terus memangkin negara ke arah yang lagi gemilang dan maju, juga untuk memastikan generasi muda dapat menerima pendidikan yang berkualiti.
8. Rakyat Malaysia perlulah menyemai nilai kemasyarakatan, mengikis sifat mementingkan diri agar perpaduan sesama lain dapat tercapai dan menjamin ketenteraman dan kedamaian negara.
9. Pemimipin haruslah menghulurkan bantuan dan kerjasama dalam menangani isu-isu kesihatan merentasi sempadan, seperti Ebola dan virus Zika agar dapat memanfaatkan orang sedunia dan menjamin kesejagatan hidup.
10. Segenap lapisan masyarakat perlulah peka terhadap isu alam sekitar dan mengambil langkah untuk memelihara dan menjaga alam sekitar supaya dapat mengurangkan masalah alam sekitar dan membekalkan ruang yang selesa untuk generasi muda.



No comments:

Post a Comment