OLEH: TASNEEM BINTI MAHAYUDIN (A152348)
⦁ 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
i. Rakyat Malaysia perlu sentiasa bersatu padu dalam mengekalkan pemerintahan yang bercorak demokrasi dan raja berperlembagaan.
ii. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum harus saling menghormati perbezaan budaya antara satu sama lain dan menikmati kepelbagaian budaya tersebut dengan mensyukuri nikmat tersebut.
iii. Pemerintah serta rakyat Malaysia perlu memberi perhatian terhadap penjagaan alam sekitar dan kekayaan sumber bumi supaya tidak terancam dan musnah.
iv. Penduduk Malaysia harus sentiasa berusaha meningkatkan kualiti kehidupan dengan mempraktikkan nilai-nilai ketamadunan seperti memiliki ilmu pengetahuan yang luas dan bijak berfikir.
v. Pentadbiran Malaysia perlu memastikan keseimbangan pembangunan dan jurang perbezaan ekonomi yang tidak ketara antara kawasan-kawasan di Malaysia serta antara sektor-sektor ekonomi.
vi. Kadar pengangguran di Malaysia perlu mencapai tahap terendah supaya seluruh rakyat dapat menikmati kehidupan yang selesa dan pendapatan negara akan semakin meningkat.
vii. Penduduk Malaysia harus menjadikan Rukun Negara sebagai asas ketamadunan Malaysia.
viii. Pemerintah negara perlu memerintah dengan adil dan saksama serta berusaha untuk mengelakkan perbalahan dan perperangan demi menjaga keamanan negara.
ix. Rakyat Malaysia yang berbilang agama perlu berpegang teguh dengan kepercayaan masing-masing serta mempraktikkan nilai-nilai agama supaya negara sentiasa harmoni dan bertamadun.
x. Rakyat Malaysia harus memiliki kebolehan dan mahir dalam pelbagai bidang serta berfikiran terbuka dengan segala pembaharuan yang dilaksanakan yang membawa kebaikan.
⦁ Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia?Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Kita harus bersyukur kerana di Malaysia, pelbagai jenis kaum yang berbeza agama dapat hidup bersama dengan aman dan damai. Pada pandangan rakan saya yang berbangsa cina, beliau tidak mudah terpengaruh dengan tomahan-tomahan media barat yang sering menunjukkan Islam sebagai agama yang ganas. Hal ini kerana, beliau sendiri berpengalaman serta membesar dalam kalangan masyarakat berbangsa melayu dan beragama islam dan beliau tidak pernah melihat perlakuan ganas atau merasakan sebarang ancaman daripada masyarakat sekeliling, malah lebih selesa bercampur dan bergaul antara rakan-rakan berbilang bangsa.
Seterusnya, berdasarkan perkongsian pendapat bersama rakan saya yang berbangsa india, beliau agak keliru dengan berita-berita yang menceritakan keganasan penganut agama islam, hal ini kerana, beliau percaya bahawa setiap agama sentiasa menyeru kepada arah kebaikan dan hal ini juga dibuktikkan melalui contoh keadaan sekeliling. Isu-isu keganasan yang diputar belit oleh pihak media tidak boleh dipercayai dengan sepenuhnya, nasihat beliau ketika membincangkan mengenai perkara ini.
Pada pandangan saya sendiri yang berbangsa melayu, isu yang cuba ditonjolkan oleh media barat yang mengkaitkan agama islam dan keganasan adalah tidak relevan. Perkataan jihad yang pada asalnya bermaksud menumpukan usaha dan tenaga untuk menentang golongan kafir dan menghadapi mereka dengan jiwa, harta dan lidah, serta konsep jihad amatlah meluas dan perlu memenuhi beberapa aspek. Media-media barat hanya memanipulasikan konsep jihad dan mengkaitkannya dengan keganasan. Agama Islam adalah agama yang suci dan sentiasa menuntut penganutnya mengekalkan kesejahteraan dan berakhlak mulia.
⦁ Puisi
wahai manusia bertamadun,
hendaklah dikau beradab santun,
agar mencapai ciri tamadun,
yang telah diungkapkan Ibn Khaldun,
kehidupan kota asasnya,
bukti hubungan antara manusia,
mulanya kehidupan beragama,
dilengkapi juga seni dan budaya,
tercapai jua hidup bertamadun,
hayatilah pengalaman jatuh bangun,
jadilah kita insan yang unggul.
⦁ Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda
Penduduk sesebuah negara perlu bersatu padu dalam beberapa keadaan yang menuntut perpaduan bagi mengelakkan keruntuhan sesebuah negara. Antaranya ialah ketika negara menghadapi ancaman daripada pihak luar, penyatuan dan kerjasama daripada rakyat amat diperlukan bagi mempertahankan negara. Seterusnya, sesebuah negara amat memerlukan perpaduan dan sumbangan tenaga daripada rakyatnya apabila ditimpa kejaidan bencana alam.
TUGASAN VIDEO INDIVIDU
https://www.rawshorts.com/animations/v9SgScy-DoahihGCR0Gbtg_titas
No comments:
Post a Comment