Sunday, October 9, 2016

PAVITRA A/P GANASAN (A153583)


Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig dan perjumpaan dalam dewan kuliah... Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan
lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor

1-Rangsangan keagamaan dan kerohanian yang membawa kepada kehidupan yang damai
2-Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai moral yang tinggi dan terpuji
3-Peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi 
4-Persaingan dengan tamadun lain yang pelbagai mewujudkan interaksi antara tamadun
5-Kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang kukuh
6-Kerjasama antara pelbagai masyarakat di Malaysia dapat mempertahankan negara daripada ancaman luar
7-Rakyat Malaysia yang berpandangan jauh dalam menerima perubahan yang membawa manfaat kepada rakyat dan negara.
8-Memantapkan pertahanan Malaysia dari segi bilangan angkatan, peralatan dan benteng pertahanan.
9-Sistem pentadbiran yang sistematik
10-Keadilan yang menyeluruh


Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan
dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik
dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia?
Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
     
Perkataan Jihad pada zaman sekarang ini mempunyai persepsi yang berbeza di kaca mata masyarakat. Sehubungan itu,perlu adanya penjelasan tentang pengertian erti jihad agar masyarakat tidak beranggapan buruk terhadap jihad yang sebenarnya.
Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa Islam tidak mensyariatkan sesuatu kecuali ianya adalah untuk kebaikan dan kepentingan manusia. Dalam Islam, Jihad disyariatkan supaya dalam keadaan tertentu di mana diperlukan ada cara dan kaedah yang telah dibenarkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Selain itu, perang yang dilancarkan oleh Rasulullah SAW juga tidak mengandungi unsur-unsur keganasan, tidak melampaui batas dan juga mempunyai etika dan peraturan yang berperikemanusiaan. Selain itu, jihad dan peperangan bukanlah satu alat untuk menyebarkan agama Islam dengan memaksa manusia menganut agama Islam.
   Berdasarkan pandangan orang Cina di Malaysia, mereka juga berpendapat bahawa agama Islam tidak memaparkan sebarang keganasan dan tidak memaksa orang lain untuk menganut agama Islam. Sebaliknya, agama Islam adalah salah satu agama yang diamalkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Seterusnya, orang Cina juga berpendapat bahawa jihad tidak membawa ancaman kepada masyarakat Malaysia.
   Mengikut masyarakat Melayu pula,mereka berpendapat bahawa Jihad adalah amalan kebaikan yang Tuhan syariatkan dan menjadi sebab kukuh dan kemuliaan umat Islam. Namun mereka menyatakan, kebaikan ini harus memenuhi syarat ikhlas dan sesuai dengan syariat Islam. Jihad pada dasarnya amat berbeza dan amat asing dengan istilah terrorisme dan keganasan.
   Dari segi pandangan bangsa-bangsa lain pula, Jihad merupakan salah satu unsur agama Islam yang tidak mengugat kehidupan masyarakat lain di Malaysia. Masyarakat yang beragama lain juga bersetuju bahawa pandangan yang negatif terhadap perkataan jihad perlu dielakkan.

Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi
bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya
10-15 baris sahaja

Tamadun Malaysia, tamadun terbilang.
Pelbagai kaum bersatu minda,
Hidup damai dan harmoni,
Perbezaan bahasa tidak menjadi halangan,
Hidup tanpa persengkataan,
Hidup tanpa perselisihan faham,
Perpaduan menjadi keutamaan,
Walaupun pelbagai ancaman,
Agama menjadi pegangan,
Inilah asas ketamadunan.

Peradaban dan budi menjadi jiwa,
Agama dan budaya melakar masa depan,
Teknologi dan inovasi membawa kemajuan,
Perbezaan bahasa tidak menghalang
Hidup tanpa persengkataan,
Hidup tanpa penjajahan
Walau betapa kuat ancaman
Perpaduan menjadi benteng pertahanan
Pemimpin wibawa kukuh kedudukan
Beginilah berkembang tamadun Malaysia

Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik
demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua 
orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.

Perbezaan antara parti politik dan pendapat adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkkan.  Sebenarnya, perbezaan inilah yang menjadi asas bagi perkembangan tamadun. Pada era globalisasi ini, pelbagai ancaman dihadapi oleh negara kita. Sebagai contoh, pada waktu ekonomi Malaysia yang tidak stabil ini masyarakat perlu bersatu padu dan memberi komitmen untuk mengambil langkah proaktif. Rakyat juga perlu memainkan peranan dengan bekerjasama apabila  negara kita dijajah oleh negara  asing dari segi ekonomi , teknologi , politik dan sosial. Rakyat juga perlu berganding bahu apabila negara mengalami kerumitan .Contohnya, sewaktu insiden kehilangan pesawat MH370, pelbagai kaum di Malaysia bersatu tenaga untuk membuat pencarian. Tambahan pula, apabila pemain Malaysia mewakili negara ke peringkat antarabangsa, rakyat perlu bersatu suara memberi sokongan moral tanpa mengira bangsa dan agama demi kejayaan negara kita.




No comments:

Post a Comment