Kepelbagaian Dalam Kesatuan
Malaysia merupakan sebuah
negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan agama. Oleh itu,
perbezaan pendapat dan pandangan adalah sesuatu yang kerap berlaku. Hal ini tidak
hanya melibatkan parti politik malahan juga terjadi dalam pelbagai organisasi
dan di tempat kerja. Ketamadunan yang berbeza ini tidak harus menjadi punca
wujudnya krisis di sesebuah negara. Jadi, ini menjadi tanggungjawab semua
lapisan masyarakat untuk mengekalkan kestabilan dan kebebasan negara.
Semua orang mesti bersatu
dalam apa jua keadaan dengan menghormati perbezaan pendapat dan idea yang
diutarakan. Sikap ini harus dipupuk sejak kecil lagi dalam diri setiap individu
dan mengutamakan semangat bersatu juga adalah penting kerana bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh. Walau apapun, semasa membuat sesuatu keputusan yang
melibatkan semua warga sesuatu tamadun, sifat berfikiran terbuka harus
diamalkan dan ianya penting untuk mengelakkan berlakunya pertelingkahan antara
pelbagai parti. Kita harus berfikiran matang dan sedia bertolak-ansur antara
satu sama lain.
Pejuang tanah air kita,
menitiskan darah dan peluh mereka demi membebaskan negara kita. Sebagai tanda
kita menghargai jasa mereka, semua rakyat harus memahami dan menerima amalan
tamadun yang berbeza dan sentiasa sedia membantu orang yang memerlukan bantuan
tanpa diskriminasi. Dengan ini, kesejahteraan negara tidak akan tergugat dengan
mudah dan masyarakat pelbagai tamadun dapat hidup dalam suasana yang aman dan
damai.
Puisi
Tamadun sejarah kita,
Bagaikan dalam rangkul genggaman,
Kasih kita bertimpa-timpa,
Itulah
kuasa rakyat bersatu,
Ibu
bapa sanak-saudara,
Rakan-rakan
semua sekali,
Kita
berjuang tanpa berkira,
Demi
tanah tercinta kita,
Kita
bersama mengecap keharmonian,
Itulah
unsur ketamadunan.
Masyarakat
Cina berpendapat bahawa setiap agama mempunyai kepercayaan dan amalan yang
berbeza dan kita perlu menghormatinya. Keganasan Islam yang ditonjolkan melalui
media Barat adalah semata-mata untuk menggugat keharmonian masyarakat kita yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Kita tidak harus mudah terpengaruh dengan apa
yang dipaparkan melalui kaca televisyen. Masyarakat Cina juga berkata bahawa
ajaran Islam banyak menekankan unsur-unsur kesopanan dan penutupan aurat tidak
kira di mana seseorang itu berada. Mereka selalu mengikut ajaran Islam
berdasarkan Al-Quran iaitu kitab suci mereka.
Masyarakat Melayu pula berkata, Islam hanya mengajar
mereka untuk tidak melakukan keganasan dan sentiasa berkompromi apabila sesuatu
masalah timbul. Mereka juga diajar untuk sentiasa menjaga tingkah laku dan
tutur kata di mana-mana jua. Mereka juga berpendapat bahawa keganasan bukanlah jalan
penyelesaian bagi sesuatu masalah yang terjadi malah perbincangan yang efisien
mampu meredakan situasi dengan baik. Jihad pula adalah perjuangan untuk
menyebarkan agama Islam berdasarkan Quran secara tenteram tanpa paksaan kepada
orang lain. Amalan jihad ini dilakukan dengan penuh rela hati dan hanya
menonjolkan kebaikan yang diajar dalam Islam kepada orang ramai.
Bangsa-bangsa lain juga kurang bersetuju dengan apa yang
dikatakan melalui media Barat dan memohon semua masyarakat Malaysia untuk
berfikiran waras sebelum mengambil sesuatu tindakan demi mengekalkan
keharmonian dan kesejahteraan negara kita daripada dijajah semula. Mereka
berpendapat bahawa dari zaman kebebasan dari orang Inggeris hingga sekarang ada
sahaja unsur-unsur sebegini yang diutarakan dengan harapan untuk mendominasi
minda masyarakat kita untuk menimbulkan huru-hara dan menjejaskan kemerdekaan
negara kita. Oleh itu, kita harus sentiasa berwaspada dengan apa yang kita
mendengar atau melihat dan sentiasa mengkaji kesahihan sesuatu informasi sebelum bertindak demi kebaikan semua
masyarakat.
Refleksi
Ilmu Ketamadunan
10 cara supaya tamadun Malaysia boleh bertahan lebih
lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan faktor lain :
1. Memupuk
perpaduan kaum. Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan
agama yang hidup bersama di bawah satu bumbung. Oleh itu, perpaduan kaum
penting bagi mereka menghargai dan lebih mengenali sesuatu kaum itu untuk
mengekalkan kesatuan masyarakat kita dan mempertahankan kemerdekaan negara.
2. Mengekalkan
keamanan negara. Masyarakat Malaysia harus bergabung tenaga dalam
mengekalkan keharmonian negara agar sentiasa aman dan menjadi contoh yang baik
kepada negara-negara lain selaras dengan wawasan negara.
3. Bijak
memilih pemimpin. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita harus berfikir
dengan baik sebelum mengundi semasa pilihan raya untuk memilih pemimpin negara.
Kita perlu pertimbangkan sifat kepimpinan dan wawasan mereka untuk masa depan
negara yang lebih cerah. Pemimpin haruslah berkaliber dan berpandangan jauh.
4. Mematuhi
agama dan ajarannya. Setiap agama mengajar penganutnya untuk menghormati
amalan agama lain. Apabila semua orang mematuhi ajaran ini, perselisihan faham
akan dapat dielakkan atau diselesaikan dengan lebih mudah. Disamping itu, ini
juga dapat mengeratkan hubungan sesama penganut agama lain secara tidak
langsung.
5. Mengamalkan
nilai-nilai moral. Nilai-nilai murni dan moral wajar diamalkan oleh setiap
lapisan masyarakat. Ini akan mewujudkan suatu suasana di mana semua rakyat akan
saling mengambil berat antara satu sama lain dan bersedia untuk membantu semua
tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.
6. Kepentingan
ilmu pendidikan. Kerajaan Malaysia juga harus menyediakan pendidikan yang
sempurna untuk semua rakyat agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan khabar
angin yang tidak betul tentang sesuatu perkara. Selain itu, pendidikan juga
boleh membantu negara kita maju ke peringkat yang lebih tinggi dengan sumbangan
graduan-graduan yang berintelek.
7. Menjalinkan
hubungan serantau. Kerajaan Malaysia juga harus menjalinkan hubungan yang
baik dengan negara-negara jiran sama ada melalui pendidikan, perdagangan atau
sebagainya. Hubungan diplomatik sebegini dapat mengelakkan negara kita daripada
senang dijajah.
8. Peka
terhadap alam sekitar. Langkah yang sewajarnya harus diambil untuk menangani
isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar. Ini kerana apabila alam sekitar
bersih dan ceria barulah rakyat akan berasa selesa untuk tinggal di
persekitaran tersebut dengan orang lain.
9. Meningkatkan
status ekonomi negara. Ekonomi negara perlu stabil agar tidak menjejaskan
kehidupan seharian rakyat. Tambahan pula, hanya apabila ekonomi stabil,
pemimpin boleh menumpukan perhatian dalam memajukan negara dalam aspek lain.
10. Semangat
cinta akan negara. Perasaan sayang dan bangga terhadap negara harus disemai
dalam diri setiap warganegara . Dengan ini, mereka akan sentiasa menjaga nama
baik negara dan mempertahankan negara daripada menjadi cemuhan masyarakat dari
negara lain. Ini akan menyusahkan orang lain untuk menjajah atau mengugat
kebebasan negara kita.
No comments:
Post a Comment