Sunday, October 9, 2016

WINNIE LEW EE LING (A156089)


Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM. Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?

Islam merupakan agama yang paling banyak disalahfahami oleh manusia. Salah faham terhadap Islam bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat bukan Islam, malah sering juga berlaku dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Pelbagai tuduhan, tohmahan dan anggapan salah dibuat terhadap Islam yang menggambarkan kesalahfahaman masyarakat terhadap Islam. Semua ini berlaku kerana kejahilan terhadap hakikat agama Islam itu sendiri. Hakikat jihad adalah upaya yang sungguh-sungguh untuk mencapai hal-hal yang diridhai oleh Allah seperti iman dan amal saleh, sekaligus untuk menolak hal-hal yang dibenci-Nya seperti kekufuran, kefasikan, dan kemaksiatan.
Pandangan orang India terhadap agama Islam ialah ia adalah agama yang sangat mementingkan keamanan dan keselamatan manusia seluruhnya. Pada zaman keagungan Islam, masyarakat manusia pelbagai agama telah hidup dengan aman dan makmur di bawah pemerintahan Islam. Mereka bukan sahaja menikmati kehidupan yang bahagia sebagai rakyat biasa, malah ada antara mereka yang dilantik sebagai pembesar atau menteri yang diberikan kuasa-kuasa tertentu dalam pemerintahan negara Islam.
Manakala, pandangan orang Cina terhadap agama Islam ialah ia adalah agama yang menunjukkan keadilan. Keadilan agama Islam telah ditunjukkan melalui peristiwa semasa Peperangan Salib antara tentera Islam dengan tentera Kristian. Para sejarawan termasuk dari Barat mencatatkan bahawa semasa pakatan tentera Kristian dari seluruh Eropah menawan Constantinople yang ditadbir oleh pemerintah Islam, mereka membunuh hampir 80,000 penduduk Constantinople dan semua masjid diruntuhkan. Menurut catatan sejarah, jalan raya Constantinople seolah-olah menjadi sungai darah dengan bahagian-bahagian tubuh badan manusia yang telah dipotong-potong dapat dilihat di merata tempat. Bagaimanapun apabila tentera Islam berjaya menawan kembali Constantinople dari tentera Kristian lebih 70 tahun selepas itu, dilaporkan bahawa tidak ada darah orang awam baik yang beragama Islam mahupun yang beragama Yahudi atau Kristian yang gugur dan tiada satu pun gereja yang diruntuhkan. Begitu juga apabila tentera Islam terpaksa berundur dari Sepanyol selepas mentadbir negara itu untuk sekian lama, orang Yahudi juga turut mengikut tentera Islam untuk berundur dan kembali ke Timur Tengah. Mereka lebih selesa dan merasa lebih selamat untuk tinggal di bawah pemerintahan Islam daripada berada di bawah pemerintahan tentera Kristian.
Pandangan orang Melayu terhadap agama Islam ialah ia adalah agama yang mangajar mereka untuk membina hubungan yang baik antara orang Islam dan juga orang bukan Islam. Banyak ayat al-Qur’an yang melarang umat Islam daripada bermusuhan dengan orang bukan Islam kecuali jika mereka dahulu yang memulakan permusuhan. Selain itu, Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan contoh yang sangat baik dalam hal ini. Semasa Baginda memerintah negara Islam Madinah, kota Madinah turut didiami oleh orang bukan Islam. Namun, Baginda telah mewujudkan satu kontrak sosial yang dikenali sebagai Piagam Madinah yang menjamin hak-hak orang bukan Islam dalam negara Islam Madinah untuk hidup dengan aman damai dan menjalani ajaran agama mereka tanpa gangguan.
Ajaran al-Qur’an dan petunjuk al-Sunah memandu masyarakat Islam dalam membentuk sikap dan hubungan yang baik serta adil dengan masyarakat bukan Islam pada sepanjang sejarah. Dengan itu, pandangan terhadap agama Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad merupakan suatu kesalahfahaman.

Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learning dan perjumpaan dalam dewan kuliah, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.

1. Memastikan politik yang stabil
2. Mewujudkan negara yang aman
3. Menguasai ilmu pengetahuan
4. Menguasai sains dan teknologi
5. Berkreatif dan inovatif
6. Berdisiplin dan mematuhi undang-undang Negara dan juga ajaran agama
7. Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu
8. Mengutamakan kebajikan rakyat
9. Mengutamakan keamanan
10. Saling bertolak ansur

Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.

1. Rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum.
2. Rakyat haruslah berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa.
3. Rakyat boleh mengunjungi rumah jiran yang brelainan bangsa semasa hari lebaran atau perayaan. 
4. Rakyat haruslah menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik.
5. Rakyat haruslah tidak mencetuskan isu-isu sensitif, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain.
6. Rakyat haruslah menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan Negara. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini.
7. Rakyat haruslah menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.
8. Rakyat haruslah bertolak ansur antara satu sama lain.
9. Rakyat haruslah bertoleransi dan berbincang dengan bertenag untuk mendapat satu pandangan yang disetujui oleh semua orang.
10.Rakyat hruslah mewujudkan perasaan saling hormat menghormati dan harga menghargai antara satu sama lain kerana kita semuanya diciptakan bersama-sama dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.

Easier and Difficult
Fail is easier, succeed is difficult.
Hatred is easier, love is difficult.
Wrong is easier, right is difficult.
Take is easier, give is difficult.
Lost is easier, found is difficult.
Death is easier, birth is difficult.
Blame is easier, absolve is difficult.
Destruction is easier, construction is difficult.
Fall down is easier, wake up is difficult.
War is easier, civilization is difficult.

No comments:

Post a Comment