Friday, October 7, 2016

TAN BEE YOKE (A152820)
Kepelbagaian dalam Kesatuan

            Perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik mesti wujud dalam mana-mana tamadun untuk melangsungkan kekuatan sesebuah negara. Negara kita, Malaysia, juga merupakan negara sebegini. Dalam keadaan ini, semua orang mesti bersatu semula untuk masa depan tamadun dimana isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negative akan menimpa masyarakat Malaysia. Oleh itu, pelbagai usaha yang perlu diambil bagi memupuk semangat bersatu padu dalam masyarakat.
            Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mewujudkan semula semangat bersatu-padu adalah mengadakan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai kaum, contohnya gotong-royong. Gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada rakyat untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Selain itu, gotong-royong dapat memupuk nilai bekerjasama untuk bersama-sama membersih dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman ataupun sekolah. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun ebrlainan bangsa dan agama.
            Seterusnya, cara untuk bersatu semula tamadun adalah menjaga budi bahasa sarta akhlak dalam pergaulan seharian. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dipatuhi dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Sambutan perayaan pelbagai kaum bolehlah dilakukan untuk mengerat hubungan antara kaum sambil mempelajari adat dan budaya agama lain. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia, Hari Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan sebagainya.
            Untuk menyatu semula tamadun Malaysia, proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Kerajaan patut menggunakan dasar untuk membekal bidang pekerjaan yang luas dan pendapatan rakyat yang seimbang untuk mengurangkan jurang perbezaan antara etnik-etnik dan kawasan bandar dengan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan dan menstabilkan tahap ekonomi negara, perpaduan antara kaum dapat diwujudkan di samping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.
            Dari segi politik, pemimpin yang berwibawa perlu dipilih untuk mendapat keakuan dan kehormatan daripada setiap rakyat yang melingkumi setiap agama yang terdapat dalam negara. Seorang pemimpin boleh menentukan takdir pembangunan sesebuah negara dimana sekiranya pemimpin tersebut ialah seorang yang penakut, melibatkan diri dalan kegiatan rasuah, tidak dapat melakukan pilihan yang bijak dan saksama, apakah yang akan berlaku kepada rakyat serta negara tersebut? Oleh itu, untuk mewujudkan semula semangat bersatu padu, seorang pemimpin yang berwibawa perlulah dipilih untuk mengetuai pembangunan negara.

            Akhir kata, sekiranya seluruh rakyat Malaysia berganding bahu dan bekerjasama dengan mengamalkan semangat patriotik yang dalam terhadap Malaysia, bukan sahaja integrasi dan perpaduan nasional dapat dicapaikan, malah melonjak nama Malaysia ke pentas sedunia sekaligus menjadi model kepada negara-negara yang lain.

Puisi bertemakan isu-isu ketamadunan

Di antara berbilang bangsa
sebuah dangau didirikan
dengan harmoni
penghuni-penghuni sukaria
tanpa menghiraukan
keturunan bangsa
pelukan agama
pertuturan bahasa
saling mewujudkan
suasana muhibbah
sentiasa eratkan
tali persaudaraan
Inilah maksudnya
Ketamadunan.

Temuduga

Di kalangan sebahagian media barat cuba menonjolkan islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan jihad.

1. Orang cina yang bernama Chua Hock Siang mempunyai pandangannya terhadap perkara ini. Dia menyatakan bahawa dia kurang memahami perkara ini tetapi dari apa yang telah dia pelajari dalam sejarah Malaysia, dia percaya yang islam bukannya agama keganasan kerana dia rasa aman dan selesa untuk bergaul dengan kawan yang beragama islam dan mereka berkelakuan baik dan hormat antara satu sama lain.

2. Orang melayu yang bernama Nur Adilah binti Abd Rahman memberi pandangannya dimana media barat sepatutnya memberi laporan yang benar walaupun kebenaran itu memberi tamparan kepada diri sendiri atau kepada pihaknya. Islam menuntut supaya bercakap benar walau ia begitu sukar untuk diterima. Asas kepada kebenaran adalah ilmu. Media juga patut tahu kesan daripada maklumat kepada pengguna. Cara media Barat menggambarkan Islam menimbulkan ketakutan dan kebencian sesetengah masyarakat Barat terhadap Islam. Meletakkan Islam sebagai musuh dari dalam. Kita tidak menafikan terdapat orang Islam, oleh kerana tekanan tertentu terpaksa mengambil jalan keganasan untuk meluahkan perasaan kekecewaan mereka. Kita tahu keganasan tidak terbatas kepada penganut agama tertentu. Di negara-negara bukan Islam berlaku keganasan dan mereka bukan penganut Islam. Akan tetapi mengapa label keganasan itu hanya diberikan kepada Islam dan orang Islam. Ini tidak adil dan tidak rasional. Sebenarnya media Barat ada agenda tertentu ke atas Islam dan orang Islam. Kita tahu Islam adalah ajaran yang membawa kepada keselamatan bukan sebaliknya. Dalam sejarah Islam memang berlaku peperangan. Akan tetapi peperangan itu dilakukan untuk mempertahankan maruah Islam; setelah tertutup pintu rundingan. Dalam peperangan ada batas-batasnya seperti tidak menganiayai dan membunuh kanak-kanak, orang tua dan perempuan. Tidak merosakkan makanan, tumbuhan dan sebagainya. Apa yang kita saksikan sekarang peperangan tidak mengecualikan golongan ini. Bahkan orang awam yang tidak berdosa ramai menjadi mangsa. Segala-galanya musnah tanpa belas kasihan. Inilah peperangan di zaman manusia mencapai tamadun.

3.  Orang india yang bernama Nanthini berasa salah faham media barat terhadap islam patut dijelaskan kepada globalisasi kerana ini telah menjejaskan imej ataupun nama agama islam. Dia juga menberitahu bahawa ‘jihad’ merupakan antara salah satu prinsip asas agama Islam. Nanthini berpendapat bahawa para pemimpin Muslim dunia dan agama lain harus merancangkan dialog antara agama lain untuk menyelesaikan persalahan faham antara satu lain. Sebagai tambahan bagi perbaikan hubungan Muslim-Barat secara umum, akan lebih mudah untuk menyelesaikan konflik-konflik politik antara bangsa.

Refleksi Ilmu Ketamadunan

10 cara supaya tamadun Malaysia akan bertahan lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan factor lain:

1. Dari sudut akhlak diri, kita patut mematuhi ajaran agama masing-masing dengan mematuhi larangan agama dan jujur, bertanggungjawab dalam perbuatan yang telah dilakukan. Contohnya, kita harus menghindar budaya negative seperti berjudi, merompak atau perkara lain yang akan menjatuhkan nama baik Negara Malaysia.

2. Kita patut memupuk inovatif dan kreativiti untuk mengelakkan ketinggalan teknologi berbanding dengan negara-negara yang maju. Dengan ini, kita, sebagai rakyat Malaysia harus rajin belajar dengan amalkan pendidikan sepanjang hayat untuk menguasai ilmu, kemahiran teknologi dan pelbagai bahasa/bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa.

3. Malaysia merupakan negara yang merangkumi pelbagai kaum dan agama. Oleh itu, dari sudut hubungan social, kita kenalah meningkatkan perpaduan kaum dan memupuk semangat kekitaan dalam rakyat Malaysia. Rakyat haruslah bersedia bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain dengan memahami dan menghormati pegangan dan amalan budaya agama lain.

4. Dari sudut patriotism, kita sebagai salah satu rakyat Malaysia perlu memupuk semangat cinta akan negara dan setia, taat kepada negara dengan menjaga nama baik negara dan sanggup berkorban untuk negara. Dengan ini, kita perlu bangga dengan keunikan negara, sedia berubah untuk kemajuan, tolak ansur dalam menghadapi konflik, dan yang penting, menolak amalan rasuah.

5. Aspek politik amat penting untuk menjaga keamanan sesebuah negara. Oleh itu, dari sudut kepimpinan, kita patut memilih pemimpin yang berwibawa, yang benar-benar layak, berwawasan, jujur dan amanah dimana pemimpin tersebut boleh memperoleh kehormatan daripada setiap rakyat.

6. Keruntuhan akan berlaku pada negara yang huru-hara. Untuk mempertahankan tamadun Malaysia, kita mestilah mengekalkan keamanan negara dengan tidak memainkan isu yang sensitive, menghormati hak asasi, menghormati agama dan budaya lain, mematuhi undang-undang negara, menolak sebarang bentuk keganasan serta menghormati amalan demokrasi.

7. Dari sudut pendidikan, kerajaan perlu menekankan kepentingan pendidikan kerana pendidikan adalah amat penting untuk menentukan tahap keilmuan sesebuah negara. Kerajaan bolehlah menambah peruntukan bagi pendidikan, melaksanakan dasar pendidikan wajib, memperbanyakkan pusat pengajian tinggi, menggalakkan kajian dan penyelidikan, memberi biasiswa kepada pelajar yang berpatutan dan memperbanyakkan perpustakaan awam yang berkualiti.

8. Alam sekitar mewakili imej dan maruah sebuah negara. Negara lain akan memandang rendah terhadap negara yang tidak berkemampuan untuk menjaga alam sekitar negara tersebut. Dengan ini, kita perlu menyokong pemeliharaan alam sekitar, menyertai kempen alam sekitar, menjaga kebersihan sekeliling kita dengan tidak membuang sampah merata-rata, menjimatkan penggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui, dan mengelakkan pembakaran terbuka.

9. Kesihatan rakyat dapat mempengaruhi pembangunan sebuah negara. Dengan ini, rakyat Malaysia bolehlah amalkan gaya hidup sihat seperti sentiasa bersenam dan amalkan pemakanan yang seimbang. Hospital kerajaan boleh bekalkan pemeriksaan kesihatan yang percuma atau murah untuk rakyat.

10. Kemajuan ekonomi merupakan salah satu aspek yang penting untuk mempertahankan Malaysia daripada keruntuhan. Untuk memajukan ekonomi, kerajaan perlu menggunakan semua sumber negara dan meneruskan kecemerlangan sedia ada. Dengan ini, kerajaan bolehlah menumpukan kemahiran tinggi, menambah bilangan pekerja mahir, membina pusat latihan, memajukan industri asas tani dan memajukan perdagangan antarabangsa.


No comments:

Post a Comment